Bagi yang perempuan, kalau naik bas balik cuti sem ke, saya
cadangkan cari dulu single seat. Kalau dah habis single seat, saya
cadangkan pula beli terus tiket kedua-dua seat. Biarlah duit melayang
asalkan maruah terjaga. Kalau sudah tiada jalan dan dapat pula double
seat serta ditakdirkan sebelah kamu lelaki, minta tukar seat dengan
sesiapa. InshaAllah orang itu faham. Tetapi yang paling baik, jangan
balik seorang diri. Balik dengan rakan yang boleh dipercayai dan itulah
yang terbaik.
Saya dulu ada pengalaman. Saya naik bas nak balik rumah saya di
Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, semasa bas itu berhenti di perhentian
untuk berehat, saya nampak ada seorang gadis tak berhenti-henti
menangis.
Pada mulanya saya malas nak mengambil tahu tetapi saya tengok dia seperti ada masalah, lalu saya pun bertanya.
“Kenapa cik menangis? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal saya
pada dia yang hanya mendiamkan diri dan semakin kuat pula tangisannya.
Setelah didesak berkali-kali, akhirnya dia membuka mulut untuk
bercerita. Rupa-rupanya semasa dia duduk di couple seat itu, ada warga
asing yang meraba-raba dan cuba mencabul dia. La haw la wala quwwata
illa billah.
“Kenapa tak menjerit atau buat apa-apa tindakan?” soal saya lagi.
Rupa-rupanya warga asing itu mengugut dirinya.
“Saya nak menjerit tetapi ada pisau di sebelah perut saya. Saya
terlalu takut dan tak tahu nak buat apa pada masa itu. Saya terpaksa
membiarkan diri saya dijamah olehnya,” katanya.
“Mana warga asing itu sekarang?” mata saya mula melihat sekeliling.
“Dia dah turun dah,” katanya.
Kalaulah lelaki itu masih berada di sekitar ini, saya nak saja
beritahu pemandu bas itu agar boleh ambil tindakan terhadap lelaki
durjana itu.
Sewaktu dia menceritakan kejadian itu kepada saya, memang terasa
geram sangat dan terasa mahu saja membelasah lelaki warga asing itu.
Bukan nak tunjuk hero tetapi saya fikir bagaimana jika yang menjadi
mangsa lelaki miang itu adalah keluarga saya sendiri?
“Sekarang cik pergi duduk di tempat saya yang single seat itu dan saya duduk di tempat cik,” arah saya pada dia yang akur saja.
0 comments: